iaitu....
gigit ibu masa menyusu....
adus.... sakit say.... gigit pastu tarik...
nk terkucil rasanya... huhuhuu....
ni ler antara cabarn2 ibu menyusu.
so sebelum perkara ni berlanjutan.... aku search2 la ape leh buat.
jom sama2 aku kongsikan.
Apa patut dilakukan apabila bayi yang menyusui menggigit anda
Pertumbuhan gigi dan menggigit
Terdapat ibu yang mencerai susu ketika mereka rasa bayi mereka akan mula tumbuh gigi, tetapi menyusu badan pada peringkat ini adalah sangat normal dan semulajadi. Gigi tumbuh pada usia yang berbeza-beza; pada puratanya gigi pertama tumbuh sekitar usia enam bulan, tetapi ramai bayi masih tidak bergigi untuk seketika lagi dan sebilangan bayi pula dilahirkan siap dengan beberapa batang gigi.
Kerana keperluan nutrisi baby dipenuhi terutamanya dengan susu untuk sekurang-kurangnya tahun pertama, ramai bayi yang diberi susu badan akan ada gigi dan kebanyakan tidak akan menggigit ibu mereka.
Sebenarnya, ia adalah mustahil untuk seorang bayi menggigit dengan hanya dua batang gigi pada gusi bawahnya, kerana lidahnya menutupi gusi bawah semasa dia menyusui badan. Untuk menggigit, dia terpaksa menarik lidahnya ke dalam untuk mendedahkan giginya. Ini tidak dapat dilakukan ketika dia sedang menyusu.
Apabila lebih banyak gigi sedang tumbuh, bayi anda mungkin hendak menggigit untuk melegakan kesakitan gusi. Anda boleh memberikannya gegelang gigit khas yang sejuk untuk digigit sebelum dan selepas anda menyusuinya. Sementara gel pertumbuhan gigi yang dibeli dari kedai ubat boleh melegakan kesakitan bayi anda, jangan gunakanya sebelum anda menyusu kerana ia boleh menyebabkan lidah bayi anda menjadi kebas and juga mungkin akan mengebaskan areola anda (kawasan kulit gelap di sekeliling puting anda), menyukarkan penyusuan untuk kamu. Sesetengah gel pertumbuhan gigi boleh merengsakan kulit puting yang sensitif juga.
Kali pertama dia menggigit
Gigi baru tumbuh adalah tajam dan, jika bayi anda tergigit payudara anda, barangkali anda akan menjerit kesakitan! Reaksi anda yang kuat itu mungkin akan memeranjatkan bayi anda sehingga dia tidak berani mengulanginya. Sesetengah bayi boleh menjadi begitu terkejut atau takut akibat reaksi kuat sehingga mereka menolak penyusuan badan.
Reaksi yang lebih biasa kepada jeritan kesakitan anda, walau bagaimanapun, adalah bayi anda berasa ingin tahu dan hairan, dan mengulangi gigitan itu untuk melihat jika ia berkesan lagi - seperti membuat eksperimen dengan mainan berbutang tekan atau mainan berdetar-detar. Jika ini berlaku, cuba terus bertenang dan senyap, tetapi berhenti penyusuan, merenung ke matanya dan katakan “tidak” dengan tegas.
Jika gigitan berterusan
Anda masih tidak perlu mencerai susu bayi anda kecuali jika anda mahu. Mengetahui apa yang menyebabkan dia menggigit (lihat Sebab Lain Mengapa Bayi Anda Menggigit, di bawah) dan memuaskan keperluan bayi anda untuk menggigit menggunakan cara lain, boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
Kebanyakan ibu mendapati penyusuan badan tetap adalah pengalaman yang positif sebaik sahaja mereka dapat hentikan kejadian menggigit ini.
Sebab lain mengapa bayi anda menggigit
• Tertidur Sesetengah bayi menggigit pada penghujung penyusuan apabila mereka terlelap. Perhatikan pemerlahanan dan pelemahan pergerakan rahangnya dan alihkan bayi anda sebelum dia terlena.
• Gangguan Sesetengah bayi suka membawa puting bersama ketika mereka mengalih perhatian dan memusing kepala mereka! Pastikan jari anda bersedia untuk menghentikan hisapan dengan pantas (lihat Jika Dia Hampir Hendak Menggigit..., di bawah) jika dia memusing kepalanya.
Jika dia hampir hendak menggigit... (he... aku akn buat yg ni)
Jika bayi anda kelihatan seperti hampir hendak menggigit, masukkan jari kelengkeng anda ke dalam sudut mulut di antara gusinya. Dia patut menggigit jari anda dan bukan puting anda. Jangan tariknya sementara dia sedang menggigit - anda hanya akan mencederakan diri. Perhatikan penegangan rahangnya sebelum dia menggigit dan cepat-cepat alihkannya. Anda mungkin perlu singkatkan waktu menyusu secara am sehingga fasa ini berakhir.
Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit
• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini. (bagus gak bt cam ni, kdg2 bby paham gak)
• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit
• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.
• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.
• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.
• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.
• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap.
• Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan. (hahaha... ok nk cr gegelang getah)
Sumber : BabyCenter
No comments:
Post a Comment