Followers

BOS BELANJA AKU

Ri ni minggu kedua aku di jabatan baru.
Baru balik dr sarapan Nasi Goreng Kampung + Sosej... (hahahah mcm ne nak kurus ni) + Teh tarik..

Lepas g sarapan, leh singgah mini market jap beli barang rumah.. (hahahah korang ade..) motif?
Dah beli barang balik opis (x de org pertikaikan pun....)

Masuk kat opis de org tegur (bos tegur)
Bos : Awak pg sarapan ker?
Aku : (Cuak jap) Ye puan... (uik padan muke td ckp x de org pertikaikan... )
Bos: Saya belikan awak sarapan
Aku: (terbeliak mata) hah? ye ke
Bos : (Senyum )..... terima kasih ye tlg saya
Aku : (senyum2..... ) ok puan

Hahahaha... ok bos bukan pertikai aku klr eh, bos nak cakap die belanje aku..
Korang ade? hahahaha... kak sue jgn jeles k.
kak sue : (meh sy ckp ayat kak sue) Knp aku nak jeles?
Sebab....... bos hanya belanje saya seorang sahaja..... hahahaha
Special x? huhuu

Aku tgk atas meja ade 1 bungkusan yg masih panas isinya...
Tgk2 ade roti canai sardin dan teh tarik panas....
wah... sedap baunya walaupun aku dah kenyang sebenarnya
Tapi sebab bos yg beli so aku nak makan jugak...
hahahahahaha......


Suasa di tempat baru

Ramai kot yang ternanti2 ape cite ni???
Sabar k...

Ok bermula 2 Mei 2012
Aku mula bertugas di Politeknik Metro Johor Bahru (Selamat Tinggal Jab. Pelajaran Melaka.... huhuhu)
Aku trasa sedih jugak meninggalkan jabatan lama, bukan sedih sbb syg jabatan
Aku sedih sbb tglkan kawan2 yg best2.... :'(
Korang mmg best la!

Politeknik Metro ni, terletak di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
KNp?
Sebab bangunan x siap lg. So Penempatan sementara disini la
Hujung tahun nnt br pindah bangunan asal.. Insyallah.... klu ikut perancangan la kn

Almaklumla kan disebabkn menumpang, kemudahan semua terhad.
Tiada aset, malah komputer pun x de lg
aset semua dipinjamkan oleh PIS
Laptop pun bw sndiri (nasib baik aku ade laptop)

Persekitaran, ok la....... 
Kedudukan x de tempat yg khusus la.
Duduk jer la kat meja yang telah disediakan 
Tempat aku??
Jeng
.
.
.
.
.
Jeng
.
.
.
..
.
 
Jeng.........


NI meja aku, tempat terhad,
So Smua letak kat situ
No partition

Ni keadaan sekitar pejabat
Mcm pejabat kat sekolah pun ade
huhuhu

Kawan?
X tahu nak ckp cam ne ek,
Sebab belum kenal hati budi, tapi buat ms ni semua ok mesra alam
terutama siti dgn dak azwan
Sebab kami sama2 kakitangan sokongan, yg lain adalah pensyarah

Hah.... nak th x yg best kat sini yg buat aku jatuh cinta
Aku leh g sarapan kat luar... (jabatan lama x leh, bos loghat, hahahaha)
Suasana seronok, nak bising pun x pe bos x marah janji keje jalan
X de nak kontrol2......
Klu de hal, nak amik anak ke, de hal peribadi ker
bgth th sape2, then keluar jer.. x jd masalah....
X de nak loghat2... x de busy body ok
sbb smua paham, semua de family, kite de komitmen lain.
Cuti?
Mohon jer, mesti lulus
x de loghat2 nak sekat cuti orang (hehehehe... jgn trasa ok)
Ape lg ek... Em.....

ok tu jer.. ti lain kali aku cite lg
TO BE CONTINUE>>>>>>>>>

Aku Berserah

Sejak suami bekerja di singapore, aku ari2 berusaha mencari kekosongan jawatan F29 di sana.
Dalam usaha, ade suka duka dugaan dari Yang-Esa...
Aku redha, aku menadah tangan mohon dipermudahkan urusan ku supaya kami sekeluarga dapat bersatu seperti dahulu.


:: Permohonan pertama ::
Aku mula mencari kekosongan di laman web Pesima
Aku dimaklumkan ade pegawai di SUK johor ingin bertukar
Pegawai tersebut dapat ku hubungi
Dalam proses permohonan pertukaran aku diuji dari yang esa.
Pegawai tersebut telah membatalkan permohonan pertukaran
AKU???? aku bagai dipanah petir...
Air Mata? berjurai tanpa dipaksa
Sedih, terkilan, marah, semua perasaan ada.
Nak makan pun x lalu....


Aku tidak putus asa, aku mesti cari lagi.
Aku ingin bersama suami di JB
Dalam usaha, aku sujud pada yang ESA
Menadah tangan pada yang ESA


Aku mencari petunjuk,
Walaupun aku x pernah skali kali buat, aku nekad untuk buat.
Aku mencari info berkenaan SOLAT ISTIKARAH.
Dalam bacaan aku,
Ia merupakan solat yang dikerja untuk memohon petunjuk dari yang esa.
Jika betul keputusan aku ini, mohon dpermudahkan.
Aku juga minta pendapat seseorang yang arif.
setelah mendapat info yang cukup,
Aku telah menunaikan Solat Istikarah.
Aku berserah....


[image-26.gif]


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".