Followers

Bayi mula mengigit

Wa... naufal baru 3 bulan. tapi semenjak 2 menjak ni die menampak kn tabiat baru.
iaitu....
gigit ibu masa menyusu....
adus.... sakit say.... gigit pastu tarik...
nk terkucil rasanya... huhuhuu....

ni ler antara cabarn2 ibu menyusu.
so sebelum perkara ni berlanjutan.... aku search2 la ape leh buat.
jom sama2 aku kongsikan.

Apa patut dilakukan apabila bayi yang menyusui menggigit anda



Pertumbuhan gigi dan menggigit

Terdapat ibu yang mencerai susu ketika mereka rasa bayi mereka akan mula tumbuh gigi, tetapi menyusu badan pada peringkat ini adalah sangat normal dan semulajadi. Gigi tumbuh pada usia yang berbeza-beza; pada puratanya gigi pertama tumbuh sekitar usia enam bulan, tetapi ramai bayi masih tidak bergigi untuk seketika lagi dan sebilangan bayi pula dilahirkan siap dengan beberapa batang gigi.


Kerana keperluan nutrisi baby dipenuhi terutamanya dengan susu untuk sekurang-kurangnya tahun pertama, ramai bayi yang diberi susu badan akan ada gigi dan kebanyakan tidak akan menggigit ibu mereka.


Sebenarnya, ia adalah mustahil untuk seorang bayi menggigit dengan hanya dua batang gigi pada gusi bawahnya, kerana lidahnya menutupi gusi bawah semasa dia menyusui badan. Untuk menggigit, dia terpaksa menarik lidahnya ke dalam untuk mendedahkan giginya. Ini tidak dapat dilakukan ketika dia sedang menyusu.

Apabila lebih banyak gigi sedang tumbuh, bayi anda mungkin hendak menggigit untuk melegakan kesakitan gusi. Anda boleh memberikannya gegelang gigit khas yang sejuk untuk digigit sebelum dan selepas anda menyusuinya. Sementara gel pertumbuhan gigi yang dibeli dari kedai ubat boleh melegakan kesakitan bayi anda, jangan gunakanya sebelum anda menyusu kerana ia boleh menyebabkan lidah bayi anda menjadi kebas and juga mungkin akan mengebaskan areola anda (kawasan kulit gelap di sekeliling puting anda), menyukarkan penyusuan untuk kamu. Sesetengah gel pertumbuhan gigi boleh merengsakan kulit puting yang sensitif juga.


Kali pertama dia menggigit
Gigi baru tumbuh adalah tajam dan, jika bayi anda tergigit payudara anda, barangkali anda akan menjerit kesakitan! Reaksi anda yang kuat itu mungkin akan memeranjatkan bayi anda sehingga dia tidak berani mengulanginya. Sesetengah bayi boleh menjadi begitu terkejut atau takut akibat reaksi kuat sehingga mereka menolak penyusuan badan.
Reaksi yang lebih biasa kepada jeritan kesakitan anda, walau bagaimanapun, adalah bayi anda berasa ingin tahu dan hairan, dan mengulangi gigitan itu untuk melihat jika ia berkesan lagi - seperti membuat eksperimen dengan mainan berbutang tekan atau mainan berdetar-detar. Jika ini berlaku, cuba terus bertenang dan senyap, tetapi berhenti penyusuan, merenung ke matanya dan katakan “tidak” dengan tegas.


Jika gigitan berterusan

Anda masih tidak perlu mencerai susu bayi anda kecuali jika anda mahu. Mengetahui apa yang menyebabkan dia menggigit (lihat Sebab Lain Mengapa Bayi Anda Menggigit, di bawah) dan memuaskan keperluan bayi anda untuk menggigit menggunakan cara lain, boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat.


Kebanyakan ibu mendapati penyusuan badan tetap adalah pengalaman yang positif sebaik sahaja mereka dapat hentikan kejadian menggigit ini.

Sebab lain mengapa bayi anda menggigit

• Tertidur Sesetengah bayi menggigit pada penghujung penyusuan apabila mereka terlelap. Perhatikan pemerlahanan dan pelemahan pergerakan rahangnya dan alihkan bayi anda sebelum dia terlena.

• Gangguan Sesetengah bayi suka membawa puting bersama ketika mereka mengalih perhatian dan memusing kepala mereka! Pastikan jari anda bersedia untuk menghentikan hisapan dengan pantas (lihat Jika Dia Hampir Hendak Menggigit..., di bawah) jika dia memusing kepalanya.


Jika dia hampir hendak menggigit... (he... aku akn buat yg ni)

Jika bayi anda kelihatan seperti hampir hendak menggigit, masukkan jari kelengkeng anda ke dalam sudut mulut di antara gusinya. Dia patut menggigit jari anda dan bukan puting anda. Jangan tariknya sementara dia sedang menggigit - anda hanya akan mencederakan diri. Perhatikan penegangan rahangnya sebelum dia menggigit dan cepat-cepat alihkannya. Anda mungkin perlu singkatkan waktu menyusu secara am sehingga fasa ini berakhir.

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini. (bagus gak bt cam ni, kdg2 bby paham gak)

• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit

• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.


• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.


• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.

• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.

• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap.

• Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan. (hahaha... ok nk cr gegelang getah)

Sumber : BabyCenter

Anak-anak di Nursery

Ari ni, aku start anta ank2 dinursery.
Mak mentua dh x jaga atas sebab2 tertentu.

pg2 x de la huru hara sgt, memandangkn mlm td aku dh kemas smu brg siap2
Suami plak pegi de kem kat 'Kem Lambaian Danau, Jasin'
Good Luck abg....

Bagun pg, ibu btkn srapan ayah (cekodok pisang.. tok ibu jugak sedap)
dh siap2 kemas, ayh dh srapan.
ank yang sulung dh bangun.
aku siap2, ank yg kecik lak bgn. bg susu aku smbung siap2 kn diri.

Anta nursery, smpi nursery x buka lagi
Aik, ri ni lmb buka. smua ibu2 dh tgu depn nursery.
Pengasuh dtg dgn kelamkabut... huuhuhu..

Bawa nak jumpa pengash, cite psl pampers mane.
Susu iman berape sukatan
Susu naufal aku bekalkn 6 btol susu perahan.
Hope ank2 ok kat sane.

Masa bawa ket epun hati ibu ni rsu jer... cam ner la ank2 kat sane nnt..
em... harap smua ok.

"Selamat Hari Bapa" Ayah............

Sempena hari bapa mgu lepas, kami 1 family pergi bkelah..
yeah...... dh lma x pergi laut sejak ade ank2 ni.
Actually mmg nk bawa iman tok mandi laut.
iman pun x pernah pegi laut. alang2 die dh besr dh semakin paham.
dh suke main air (klu kat rmh puluh kali nk mandi)
kami pergi ke pengkalan balak

Pegi petang2 sikit supaya x pns sbb bw jugak yg kecik..
dlm kete ckp dgn suami "agak2.... iman takut x tengok laut, tengok air byk 2?"
smpi jer pengkalan balak, iman nmpk laut..

tercengang2 jugak die
mesti dlm otak pikir, 'ape tu? nk sebut ape?
x pernh nmpk pun? ibu x de ajar pun nak sebut ape?"
muke tercengang2 pandang ayh ibu, ape nk sebut ni.

hehehhehe..... "iman, tu2.. LAUT.."
he.. imna sebut 'a..otu..' ok blh la de bunyi gak.
mule la die kegirangan..
'ayah,ayah.. tu,tu.. a'oat.. nak, nak,'...
tersenyum ayah ibu tgk gelagak iman.
yg naufal x de keje lain la kn,
mmg dok isap jari jer. hehehehe

turun kete, tanpa belengah, iman terus capai pelampong nk pegi mandi.
Ui, di luar jangkaan, mcm mane die boleh th pelampong tu nk mandi laut?
Padahal die x prnh pegi laut... senyum ibu "cerdik anak aku" :)

Buka baju, aku pkikn iman CD (Cloth Diaper) kunig...
sukenyer dpt mandi laut.....

lambai2 ibu yg dok atas tembok dgn adik (maap ler gmbr jauh ibu dok ats tembok)
ayah berlari kejar iman sbb iman dh berlari msk air smpi terbenam dlm air (merana air masin hehehehe..)
jom layan gmbr2 iman dan ayah 

seronok la dlm main pasir ri tu.. (klu x jgn harap ibu bg main)


 ni ayah pun heboh nak main pasir.. heheheh...
 naufal pun layan main dok ats car sit... suke tgk mainan gantung2...
 masa ni naufal dh 3 bulan... dgn bert 6kg.... huhuhuhu...


Ok, makan time... ibu bawa bekal pasti ayah dan ank ni lapar. ibu bw sosej, keropok lekor, keropok goreng(ni kesukaan iman ) dan pasti iman hanya amik keropok goreng ni jer.... :)

Ayah & Iman....
Selamat Hari Bapa Ayah.....
"Aceh bw iman g a,oat......" :)
 * Eh, nape gmbr ibu x de... mmg x de heboh amik gmbr ank2 dgn ayh, gmbr ibu sndiri lupe... :)
x pe kn, yg penting semua kenangan terpahat dlm ati ibu ni....:). aku nangis say tls entri ni.. wa... emonyer..... kdg2 aku blh menitis air mata tgk gmbr ank2. bkn sedih tp gembira.

Aku gembira tgk ank2. kelakuan mereka, ketawa mereka... hati ibu kn. x dapat nk bayang dengan kata2 tok menyatakn ape yg aku rasa skrang.
yang pentng aku BAHAGIA...

Handle EBM waktu kecemasan.

Actually hujung bulan mei aku dh naik keje
mgu sbelum naik keje, aku balik ke kampung suami kerana ada kenduri kawen.
mmg aku huru hara sbb x dpt smbng cuti lg.

bos soh naik keje jugak ari isnin sbb ade mesyuarat penting perlu aku hadiri isnin 2
em... nak x nak blik jugk dr kedah ahd petng 2
highway jem la jugk sbb cuti sekolah

dh nak naik keje ank2 aku anta rmh mak slama 2 mgu sbb mak mentua masih dikampung ( ank mak mentua yg jaga sebenarnyer)
ok bile mak mentua dh blik melaka,
ri isnin 13hb aku start akn anta ank kat mak mentua.
ahad mlm aku br teringat...
ALAMAK!!!!!!....

COOLER BAG untk bawa EBM ke rmh mak mentua x beli lg.
ms ank2 kat rmh mak x pikir sbb mmg aku dok sane skali so pam susu tgl jer dlm peti ais.
ahad mlm aku dh pikir 2 mcm mane nk buat esok nk anta ank ni.

ok mcm ni, mlm 2 aku cr tupperware ygbesar yg ade kat rmh. siap2 letak ats meja, esok pg uruskan.
bgn pg, mula2 aku buat;

1) aku tulis siap nombor pada semua EBM supaya sng mak mentua nk amik susu yg mana dl
2) aku amik bekas tapperware yg aku dh siapkn smlm
3) aku ketuk ais (aku bekukn ais mlm td)
4) mskkn ais ketul kecik pada bahagian bwh susu
5) msk kn semua EBM (aku bekal 6 botol 3-3.5oz setiap satu)
tara.....
tengok susu dh siap dgn ais dlm tupperware yg besar dan tutup( tupperware kueh bahulu warisan ni. hehehehe.... berguna jugak)
nmpk x nombor2 ats botol tu. ok ini bg memudahkan mak mentua bg susu yg mane dl...
senang jika gune stok EBM yg beku, bg bayi susu beku yg telah cair dl. yg lain bg fresh milk yg br pam hari sebelumnya.
Stok EBM mesti jalankn jugak boleh ganti baru, klu smu bg fresh milk syg jer nnt stok2 susu expired.. buang jer smua kn. ok nnt aku cite cara simpan EBM ok.

ok, cara aku bt ni adalah waktu kecemasan ok,
ais boleh tahan untuk perjalanan kurang 2 jam (1 jam jer ok ler kn)
tapi perjalanan ke rmh mak mentua aku hanya setengah jam.
So smpi rmh mak mentu ais masih beku lg... (selamat susu aku ngeh3x....)

ok sampi rmh mak mentua, cepat2 keluarkn susu masuk dlm peti ais...
:) senang kn
sape kate ssh nk handle EBM... kn senng jer 2. dh siap2 sukat masuk botol siap sukat tiba msa panas kn jer ok.

Waktu rehat diopis aku pun berlari la pegi cari cooler bag dgn ice pack. :)
cari kat kedai bby yg aku selalu pegi "Baby Cute" kat Batu Berendam Melaka.
mmg dr ank first aku suke beli barang kat kedi situ.
anty 2 pun dh kenl muke aku. hehehehe...


Dapat la Cooler Bag (Babyking) harga RM89.90.. siap dgn 6btl dan ice pack. ok boleh la. aku sapu jer..
Esoknyer dh sng...
hehehehe...
dh de Cooler bag tok EBM naufal...

Pengajaran ok, sediakn payung sebelum hujan....

Kenapa Saya Mahu Susukan Anak Saya Dengan Susu Ibu?

Kenapa Saya Mahu Susukan Anak Saya Dengan Susu Ibu? kenapa? dan kenapa? aku ingin tebus kesilapan laluku dengan anak sulung yang  dikurniakan tanggal 05.08.2009.
Ketika mengandung, saya memng kurang ambil tahu pasal penyusuan.
Setelah bersalin secara c-ser, saya tak dapat menyusukan anak kerana saya tidak sedar.
Apabila sedar, saya cube menyusukan anak. Tetapi saya rasa seperti tiada susu.
Anak asyik menangis, tapi saya tetap susukan. Sampai esoknye anak kena jaundis (kuning)
Ya allah, hanya tuhan yg tahu perasaanku. Anak diletak dibawah lampu biru.

Dengan pengetahuan yang cetak dalam penyusuan susu ibu, saya dinasihatkan oleh keluarga untuk memberi anak susu formula dan bagi air kosong. tanpa berfikir panjang saya bg ank susu formula, bagi air kosong. padahal masa itu ank baru berusia 3 hari (Ya allah.....). 

Setelah keluar dari hospital dan berurut br saya ade susu. Padahal jika ikut mmg dh de susu tp sbb x de pengetahuaan, mcm ni la jadikan. Ank dapat menyusu badan dlm ms sama bagi jugak susu formula sbb dengan ckp org, ank x cukup susu, ank x kenyang.

Hingga ank berusia 4 bulan, dengan bg susu Formula yg kerap, ank mula x mahu menyusu badan. bile ini terjadi saya rs tertampar. rs sedih, ye saya pernah menangis.

Saya cube sedaya upaya ajar ank menyusu bdan. kebetulan aku berpindah rumah baru. saya amik cuti seminggu bercuti untuk luang masa dengan ank. Sebelum itu, saya telah pusing 1 melaka untuk cari medela SNS. apabila saya cuti, saya cube ajar ank menyusu badan semula dengan bantuan SNS. tertapi x berjaya. YA Allah................... susuku masih ada. ank x mahu. Menitik air mata ibu ini. Saya telefon kaunseling laktasi minta bantuan, minta pendapat. Saya cube lagi. Habis cuti 1 minggu, akhirnyer saya pasrah semua usaha Saya x bjaya. Hanya tuhan yang tahu hati ini. Sejak anak tidak menyusu badan, boleh katekan anak tiap2 bulan demam. kembung, selsema. 2 bulan lebih anak kena muntah2. minum susu muntah. mcm2 susu 2kar. Betul kate org, ank x menyusu badan antibodi x kuat. Saya betul2 menyesal...

Tahun 2010 aku disahkan hamil ank kedua. Saya nekad akn menyusukan akn. Saya baca pasal penyusuan. beli set breastpump, kumpulkan seberapa byk ilmu psl penyusuan. 
taggal 15.03.2011. Saya dikurniakan cahaya mata (Muhammad Alif Naufal bin Mohammad Hidayat) 1 jam selepas kelahirannyer skali lg saya diuji. Ya Allah.... dimana doktor tidak membenarkan ank disusukan. Kerana doc detect saya demam sebelum bersalin. ank terus dihantar ke nursery untuk pantauan takut ank kena jangkitan atau ape2 masalah lain.

Dengan keadaan saya yg tak boleh bangun kerana tumpah darahsemasa bersalin. Saya terpaksa dimasukan 1 beg darah. Saya sakit dada, denyutan nadi yang kencang. Masa dilabor room lagi saya ditahan lebih 4 jam selepas bsalin untuk doktor pantau denyutan nadi. Hari kedua baru saya dibenarkan melawat anak di nursery dan akhirnyer.. ALHAMDULLILAH YA ALLAH............. Saya dapat menyusukan naufal. mmg trasa sayu hati ini. Naufal masih mendapat kolostrum. kerana kolostrum masih ade hingga hari ke 3.

Sekarang anak menjangkau 3 bulan. Saya berjaya full breastfeeding naufal. naufal nmpk ceria. sekarang dh pandai ckap2 dengan ibu. Syukur padamu YA Allah....... kau masih beriku kesempatan untuk menyusukan naufal. Saya nekad ingin menyusukan naufal hingga 2tahun.  


 Kenapa aku buat entry ini?
Hah... dlm blogwalking aku terjumpe blog mazni. Dimana mendapat info tentang shaklee B untuk penyusuan disitu. de plak mini contest.. alang2 contest masih terbuka, aku sertai. simpel jer, jom baca...

Sempena Hari Susu Sedunia yang disambut hari ini, 1 Jun, saya akan berikan sesuatu yang istimewa buat pembaca setia blog saya ini. Juga sempena pembukaan Stor Shaklee saya, saya nak buat satu mini contest. Simple je... Sesuai untuk ibu-ibu ye...

Syarat-syaratnya mudah saja...
  1. Anda mestilah menjadi follower blog saya ni ma2niput3.blogspot.com.
  2. Buat simple entri tentang 'Kenapa Saya Mahu Susukan Anak Saya Dengan Susu Ibu?'. Pastikan link ke entri ini ya!
  3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda dan ID follower di comment entri ini.
  4. Tag 2 orang je... Tapi, kalau lebih pun takpe...
  5. Contest bermula 1 hingga 20 Jun 2011. Pengumuman pemenang akan dibuat selewat-lewatnya 30 Jun ya!

Hadiahnya :
1 set trial pack (boleh pilih sama ada Set A, B, D atau G) bersama 8 bonus tambahan...

  • PERCUMA Penghantaran
  • PERCUMA hadiah istimewa (free gift)
  • PERCUMA TIPS EKSKLUSIF mempercepatkan penghasilan susu ibu melalui vitamin.
  • PERCUMA bekas berKUALITI & kedap udara
  • PERCUMA flyer panduan
  • PERCUMA menyertai laman sosial khas yang dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan.
  • PERCUMA Pautan jaringan panel Shaklee Euphoria (kumpulan Pengasas Shaklee Trial Pack)
  • Diskaun khas untuk pembelian fullpack.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom Join!


Tag... Untuk MOM to Be yang nekad untuk full breastfeedng nnt...
1 ) Jun

PROMOSI MAAJUN ANGGUN BISTARI PERTENGAHAN TAHUN!!!!

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!




Sempena menghargai pelanggan setia MAAJUN ANGGUN BISTARI.
Kami menawarkan pembelian Maajun Anggun Bistari pada harga ;-

1 Botol - Rm 14.00
5 Botol - Rm 14.00 dengan FREE DELIVERY!!!!

Cepat selagi stok masih ada!!
Tawaran sah hingga 30.06.2011

* Tawaran hanya sah bagi pembelian dari blog ini.

Iklan Breastfeeding keluar tv3

Minggu lepas semasa aku tinggal dirumah mak kat kampung.
mmg siaran yg sll buka tv3 jer la kn..
sebab rmh mak x de astro...

tgh2 dok tgk tv, skali keluar iklan pasal breasfeeding..
wa........... serius aku happy gile.
sbb aku sndiri tgh berusaha untk breasfeeding ank

bagus iklan 2 keluar,
semoga ade kesedaran kepada semua ibu2 kat luar sane
macam aku la

dh ank yg kedua br aku dpt kesedaran tu ank berusaha untk full breasfeeding
tp bukn jer tok ibu2
bagus juga untuk pengasuh tau

sekurang2nyer pengasuh2 ni pun sedar kebaikan susu ibu
ye la kdg2 bile pengasuh/nursery yg kite anta x biasa dengan pengendalian EBM ni
bg dieorg
smu bende 2 leceh.
bile dh rmi ibu2 menyusu ank sepenuhnyer so rmi la yg akn anta stok EBM ke pengasuh/nursery..

ape aku merapu ni (mcm aku sorang jer yg paham kn)
ok mcm ni...
kira iklan 2 bagus
so semua org boleh sedar akn kebaikan susu ibu, dan akn sama2 belajar tentang penyusuan
yes!!!

HIDUP BREASTFEEDING....

Aku

Ari2 mendatang aku terus lalui
mcm2 perasan
letih, sakit kpala, kdg2 sakit tekak, tiba2 selsema
sakit kpala smpi mata berpinar2 bawa kete
aku cube harungi

kdg2 terpikir.....
alhamdullilah.....
aku kini seorang isteri
mempunyai seorang suami yang penyayang, prihatin, sentiasa menghulurkan tangan saat aku tiba2 rebah
kdg2 smpi x boleh pikir tok jaga diri sendiri
tup2, rebah....

dikurniakan 2 org cahaya mata
pengubat duka, pengubat sakit kepala, pengubat keletihan ini, pengubat rasa lapar
syukur ya Allah.......
walaupun kdg2 aku naik angin jugak dgn perangai ank ( marah sebab sayang ok... hehehe)

ari ni smbil2 bawa kete terdetik jugak dalam hati ni
aku dh jadi isteri
aku dh bergelar ibu
mcm mane rupe aku ek
sbb kdg2 nk jln aku bsiap depn cermin ala kadar jer

nk cepat kn....
smu ibu pasti tahu, keadaan seorang ibu yang sntiasa nk cepat bile bt keje
:)...........

tgh trafic light hijau,
aku sempat snap gmbr sndiri dlm kete. (org sbelah pndg sbb nmpk flash, lantak la bukn amik gmbr die pun)
ape hasilnyer....?
...........
...........
..........                   jeng
............
............
...........
...........                 jeng
............
...........
............
................
................               jeng...................


alhamdullilah......
cantik lg aku rupenye (masuk bakul angkat sendiri)
ngeh3x......

Anak2 pada hujung minggu

dh 1 minggu kami sekeluarga ddk di kampung
kami pg kerja pun dari kampung
so mmg jauh sikit la dr tempat keje

penat gak drive jauh ari2 ni
tapi suami lg kesian la sbb keje shift

em... x pe la demi ank2
x sanggup nk kejut dieorg pagi2 semata2 nk anta rmh mak
so kami semua balik tdr jer rmh mak dan g keje dr sana
so ank2 x pyh bgn awl2 pg

hujng mgu mmg aku full ade kat rmh
2 ari dlm full direct feeding naufal

mcm2 perangai ank2 aku buat
br seminggu x dok dgn ibu ayah, macam2 perangai
dengan ank sulung yg asyik nak naik motor ikut pakcik makciknyer
lari klr rumah main pasir
main tanah (dah jadi lumpur sbb die curah air)
main air paip depan rumah

lesen besar die ddk kmpung
x ketinggalan die akn kcu adik nyer jugak.
muhammad iman ttp akn kcu adik die
1 ari x kn miss
ni la nak2 kesayang kami :D


oh yer, mgu ni smu akk2 (dua org jer) aku dr KL blik kampung
so mmg kami berkampong la kat kampung tu (hahaha... kampong berkampong)
de sorang ank akak aku sebaya dengan naufal
sebaya ni muhammad alif naufal dgn sepupunya muhammad faris
sama bulan beza 14 ari jer...

hujung mgu ni jugak aku x tauh knp yg si kecik ssh dh tdr mlm
em... mcm2 ragam dh ibunyer ni bt x kn tdr gak...
bg susu dh 2 3 kali sedawa tapi masih x mahu tdr
suami ckp die nk ngada2 tu kot sbb 1 mgu ibu dh naik keje...

last2 mak aku amik, mak aku bedungkn die
letak atas pangku, tepuk2 tdo..
alahai... senangnyer tdr dgn mak aku
klu aku nk tdrkn mcm2 gaya x tdr gak..
em.. ank2...

ni la gmbr ank yang nk manja2 dgn ibu hujung mgu ...






Khasiat Hi-Goat

Ingat x entri pasal aku minum susu Hi-Goat di sini
ms aku mengandung aku minum untuk elak ank kuning
sebab ank first lahir, esknye terus kuning.

setelah cuba dh bersalin, alhamdullilah...
ank sikit pun x kena kuning.....
serious betul la ape aku bc psl susu tu tok elak ank kuning
terbukti pada ank kedua

sbb aku ni jenis darah O
so org kate klu darah O ank senang nk dapat kuning...

klu sape2 yg ngandung 2 blh la cuba2...
mnm leps 7 buln khamilan

ops! ye nk bgth
pada bdn aku susu Hi-Goat tu panas
serious aku minum bdn pns

so aku x sll mnm, selang2 jer, ari ni mnm, esk x, then mnm blik. :D
x tahan pns o.....

Bengkak susu @ tersumbat

Sejak bersalin smpi la ni sku sering kena blocked duct.
Ape blocked duct?



yg aku paham la (ikut pemahaman aku yer..) blocked ducts ni dimana breast menjadi keras, keras macam batu, sakit dan kadang2 smpi xboleh angkat tangan.
tp so fa alhamdullilah aku x kena demam.
sebab de org bile kena blocked ducts die demam..

dh dekat 3 bulan ni aku rs dh lebih 10 kali aku kena.
lebih lg kot
seminggu sekali (wah..... ape jd ni)

ms mula2 kena blocked ducts ni mmg menangis gak
ank minum x puas coz dh tersumbat
pump pun menyebabkan lg sakit

so aku search2 tenet la kn
ape aku buat?

ni cara aku ok ( baca boleh nk ikut terpulang, hehehe...)
bile blocked ducts mmg x blh nk pump sbb lg sakit
then nk hilang amik ms dlm 12 jam (wah... lama nk tahan sakit ni)

first aku tuang air pns dlm botol susu ank aku, aku tuam, tuam, dan tuam.
then urut secara membulat dengan ibu jari ( klu husband ade, die yg buatkn hehehehe...)

dh tuam, dh urut (urut boleh gune losyen tp jgn kena kawasan hisapan bayi- statement aku la)
pastu aku x kn pump sbb mmg x klr gak.
aku tgu la smpi ank bgn...

die bgn jer aku ters bg yg belah kena blocked ducts tu..
zass......... memancut2 susu klr
mengah2 ank minum.... hehehhe.....

de gak org kate blh gune kobis
kobis 2 lekap kat breast yg kena blocked ducts
tp dr pemahaman aku la, kobis blh menyebabkn susu kurang

so terpulang pd masing2.....
aku better sakit lama sikit janji susu x kurang
2 cara aku lakn

ni de sikit info yg aku dapat la

Apakah itu?

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati anda!)

Apakah puncanya?

Apa yang diketahui ialah mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu" yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar. Selalunya ini ialah sebab bayi anda tidak mampu mengosongkan buah dada anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi anda kurang tahu bagaimana untuk melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah pembengkakan buah dada yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual atau trauma kepada buah dada, yang mana akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis.

Mastitis yang berasalkan infeksi mungkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman; tetapi, bagaimana infeksi boleh melarat ke buah dada adalah kurang difahami. Sesetengah wanita yang pernah menghidapi mastitis juga mempunyai puting yang merekah dan infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur puting dan terus ke sistem limfa buah dada. Ada pula pakar yang berpendapat bahawa mastitis dan puting merekah adalah simptom yang disebabkan teknik melekap yang kurang baik, jadi kedua-dua perkara ini boleh dikatakan berkait juga.

Anda mungkin akan dijangkiti mastitis jika anda menjadi ibu buat pertama kali tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar tentang penyusuan.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Jangan berhenti menyusu – ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan menasihatkan anda supaya berjumpa dengan kaunselor penyusuan atau dia akan memberikan anda antibiotik atau kedua-duanya, bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. (Tanya doktor anda sama ada ubat yang dipreskripsikan kepada anda boleh menjejaskan bayi anda, tapi maklumlah bahawa antibiotik yang biasa diberikan untuk mastitis adalah selamat untuk bayi). Dia juga akan menasihatkan anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat menahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada berlakunya infeksi.

Jika anda menghadapi masalah yang mana bayi anda kurang cekap melekap dan menyusu dengan baik, antibiotik tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengelakkan daripada mastitis, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Baca dengan lebih lanjut panduan terperinci untuk penyusuan bagi menentukan sama ada bayi anda sudah boleh melekap pada buah dada anda dengan betul.

Anda boleh meminta doktor anda merujukkan anda kepada kaunselor penyusuan atau anda boleh meneliti senarai organisasi penyusuan sebagai sumber tambahan untuk mendapat nasihat. Bacalah artikel kami mengenai duktus tersumbat untuk tip-tip bagaimana boleh mencegah mastitis daripada berlaku berkali-kali dari awal lagi.

Ada juga ibu yang enggan menggunakan antibiotik sehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada. Mungkin anda mahu mencuba penyelesaian sendiri, tapi dalam pada itu, pastikan juga antibiotik ada dalam kabinet bilik mandi sekiranya diperlukan nanti. Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.

Sama ada anda bertindak untuk mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut:

• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.

• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.

• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.

• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.

• Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.

• Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.

• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.

• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.

• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

Berapa lamakah ini akan berterusan?

Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda.

Perlukan saya berhenti menyusu jika saya menghidapi mastitis?

Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada buah dada untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan – ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan.

Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol.

Adakah ia menjejaskan bayi saya?

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/baby/mastitis/

Penyusuan lepas kembali bekerja

mcm dh bsawang blog ni lama x buka
maklum la baru naik keje
cuti bersalinnye pasal
dgn ank2 lagi
blog aku pun tpaksa bcuti (x de masa.... hehehe)

bercerita pasal bersalin
semasa pantang aku bjaya full breastfeeding ank
allhamdullilah...

ni la die hero aku yg no2..... muhammad alif naufal bin mohammad hidayat
:D
x byk meragam, tp sbb full breast feeding mmg nk bkepit jer la.. hehehe...

cayang ank ibu ni....

dh naik keje mmg nk full breastfeeding ank
bile 1 ari kena naik keja awl, aku pening sbb pikir kat mane nk pam susu ni
dlm 8 jam kat opis, aku dpt pam skali

sbb mcm takut2 nk curi2 masa lagi (pekerja yg baik ni.. hehehe)
stelah 4 ari naik keje, baru la dpt gak g curi2 pam susu

ms mula2 pikir gak, byk ke dpt pam nnt ek.
klu sikit cam ne nk bg ank esok
rsu jugak takut pam 2 kali jer x cukup untuk ank.

tp alhamdullilah, bile dh pam wah.......
good progress... hehehhe...
see2..........


alhamdullilah... rezeki ank2...
ni br skali pam....
nnt pam lagi....
hope dpt tambahkn progress lagi.....
:D