Dalam usaha, ade suka duka dugaan dari Yang-Esa...
Aku redha, aku menadah tangan mohon dipermudahkan urusan ku supaya kami sekeluarga dapat bersatu seperti dahulu.
:: Permohonan pertama ::
Aku mula mencari kekosongan di laman web Pesima
Aku dimaklumkan ade pegawai di SUK johor ingin bertukar
Pegawai tersebut dapat ku hubungi
Dalam proses permohonan pertukaran aku diuji dari yang esa.
Pegawai tersebut telah membatalkan permohonan pertukaran
AKU???? aku bagai dipanah petir...
Air Mata? berjurai tanpa dipaksa
Sedih, terkilan, marah, semua perasaan ada.
Nak makan pun x lalu....
Aku tidak putus asa, aku mesti cari lagi.
Aku ingin bersama suami di JB
Dalam usaha, aku sujud pada yang ESA
Menadah tangan pada yang ESA
Aku mencari petunjuk,
Walaupun aku x pernah skali kali buat, aku nekad untuk buat.
Aku mencari info berkenaan SOLAT ISTIKARAH.
Dalam bacaan aku,
Ia merupakan solat yang dikerja untuk memohon petunjuk dari yang esa.
Jika betul keputusan aku ini, mohon dpermudahkan.
Aku juga minta pendapat seseorang yang arif.
setelah mendapat info yang cukup,
Aku telah menunaikan Solat Istikarah.
Aku berserah....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
No comments:
Post a Comment