Followers

Hubungan Suami Isteri Semasa Hamil

Dalam bosan2,
aku jumpa pamplet yg aku dapat kat klinik kesihatan ari 2
pasal KEHAMILAN.....

memandangkan aku pun tgh peknen, so baca la (klux mmg mls nk baca hehehehe...)
ni semua pasal hubungan atau peranan suami isteri masa isteri tgh peknen...
jom tgk ape die tls....

:: Saling bekerjasama dalam melaksanakan tugasan rumahtangga (wa.. ni aku suke sbb suami aku mmg sll tlg aku bt keje rmh time2 mcm ni)
:: Tidak pentingkan diri sendiri
:: Bermuafakat dalam segala hal
:: Memperbaiki pergaulan suami isteri dengan mengikut adab-adab yang dianjurkan oleh islam
:: Saling memberi perhatian terhadap keakraban suami isteri
:: Saling bermanja dan berkasih sayang
:: Saling memperbanyakkan ibadat (solat Hajat mohon zuriat yang bertaqwa)...

bagus gak baca ni ek...

Peranan Suami
:: Kena mengambil berat perkembangan kandungan dan kesihatan isteri
:: Perlu fahami perubahan fizikal isteri
:: Ambil tahu tahap perubahan mood dan sikap isteri ( bile peknen ni emosi mmg kejap jer leh berubah... jgn palk emosi suami plak yg tiba2 berubah sudah)
:: Jujur dan jangan berlaku zalim terhadap isteri
:: Tidak terlalu mendesak isteri ..........

Peranan Isteri
:: Jangan cerewet dan menimbulkan banyak kerenah
:: Jangan suka meminta-minta sesuatu yang di luar kemampuan suami
:: Jauhkan suami daripada menanggung bebanan hutang (syukur ape yg ade)
:: Menjaga lidah daripada mengumpat dan bercakap perkataan-perkataan yang tidak baik
:: Jauhi dari sikap suka menghina dan memandang rendah terhadap orang lain
:: Mendidik perasaan mengikut nilai-nilai islam.......


No comments:

Post a Comment