Followers

SBPA Batal, SSM ditambah baik

 







Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan kakitangan awam terutama Gred 54 ke bawah hari ini dibatalkan

Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji seperti berikut ;
i. Kumpulan Pengurusan &Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54 -13%
ii. Gred Utama dan Khas C, B serta A -9%
iii. Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II  -8%
iv. Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara -7%

Perdana Menteri turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan;
i. Kawasan B - RM200 sebulan kepada RM250 sebulan
ii. Kawasan C - RM100 sebulan kepada RM150 sebulan

Selain itu kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.

No comments:

Post a Comment